Monday, May 28, 2012

:)

setelah sekian lama nda update blog selama beberapa bulan selepas menjalani satu perubahan dalam hidup yang amat besar dan amat la ketara kepada sesiapa yang tahu apa yang telah berlaku. segala perit, sakit dan pengorbanan. terlalu banyak cerita yang susah untuk diungkap secara keseluruhan. aku kehilangan segala-galanya. cheh. ayat bersahaja.

saya rasa sudah tiba masanya saya tinggalkan sesuatu, dan bukan lagi sesuatu tapi segalanya yang saya rasa ada lagi hal yang bermakna dan penting untuk saya uruskan dan selesaikan untuk dapat kehidupan yang lebih baik. hmm. bukan kehidupan sekarang ni nda baik, cuma mau cari satu kehidupan yang lagi terbaik.

menghirup udara segar yang indah rasanya tapi didalam hati ada satu perkara buat aku terseksa. hanya mampu untuk menahan sebak dan airmata yang sudah terasa penat untuk mengalir setelah beberapa bulan menjadi pendamping.

persoalannya? mampu ka aku jalani kehidupan ni bersendirian? walaupun saya tau ramai yang peduli dan ambil berat. tapi semua tu berbeza daripada sebelumnnya.

mampu ka aku tinggalkan semua begitu saja? dengan segala kenangan yang pernah tercipta sebelum ni. aku belum cukup kuat untuk hadapi semua ni bersendirian. otak ni masih dalam proses befikir tentang apa akan terjadi selepas ni?

apa yang berlaku telah mematangkan diri ini. tapi sebuah hakikat yang bukan mudah untuk aku terima. hmm. malas pula mau bagitau apa hakikat tu. terasa tangan ni mau begegar bila ada hati mau meluahkan tentang HAKIKAT yang selama beberapa bulan untuk aku sebatikan dalam diri baru lah aku sembuh dari kedukaan itu.

kedukaan memang sudah sebati dalam diri. tapi kelukaan masih belum dapat untuk aku ubat. aku cuma mampu untuk berpura2 tersenyum dan gembirakan hati untuk tidak manja dengan hakikat yang menyeksa jiwa.

banyak orang bagi nasihat. yang hilang tu biarlah hilang. lama kelamaan kita akan sedar ada yang lebih layak untuk gantikan yang hilang. ya. saya terima nasihat kamu tu dengan hati yang terbuka dengan minda yang waras. tapi kamu tau ka perasaan tu nda sama?

hmm. sudah la. malas mau cakap soal hati dan perasaan. sudah beberapa bulan aku cuba untuk menghindarkan diri untuk befikir tentang perasaan. aku berjaya ketepikan buat sementara waktu ni. aku success. success untuk pretending! ya. that's the truth.

apa2 pun. aku cuma mampu pendam segalanya. dan kerana itu lah juga saya buat keputusan untuk melangkah setapak untuk mematangkan diri dan mulakan satu hidup baru dengan GOALS yang aku mesti ACHIEVE.

IN MY LIFE I SET UP MY OWN VISION. I DO HAVE GOALS AND I MUST ACHIEVE!
LIFE IS LIKE A GAME. ONCE YOU START THE GAME, YOU MUST FINISH IT. OR CREATE A NEW PROFILE TO START A NEW GAME TO BECOME THE BETTER GAMER. BUT, BEWARE. ONCE YOU GAME OVER. YOU HAVE TO RESTART OR YOU JUST LET IT BE. MAKE IT SIMPLE : START, PLAY, GAME OVER & RESTART.