hmm..selama beberapa bulan ni banyak hal yang berlaku diluar dugaan dan juga sesuatu yang berlaku didalam dugaan. macam lain ja bunyi ayat ni. ahh! lantaklah! yang penting aku tau apa aku mau cakap. ok ok sambung blk. ya mmg pun banyak hal bodoh dan hal yang sangat tidak sesuai berlaku telah pun berlaku dan masa pun bukan boleh di rewind. betul kan?
dan kerana segala macam hal yang berlaku tulah buat aku untuk jadi seorang yang matang dan lebih mementingkan satu pemikiran ke satu arah yang lagi penting daripada aku perlu memikirkan sesuatu hal yang sangat remeh temeh orang bilang. yang bagi aku selama beberapa bulan aku buang masa untuk seksa jiwa dan otak dan perasaan aku untuk hal bodoh yang telah pun buat aku hampir kurang kewarasan! kepada sesiapa yang tau apa yang telah terjadi mesti faham punya lah apa yang aku maksudkan ni.
so, kepada sesiapa yang selama beberapa bulan ni sentiasa mendengar luahan dan KEGERAMAN aku tentang satu hal yang sangat buduh aku rasa!!! aku telah membuang waktu aku yang emas ni untuk USHA benda yang sudah pun juga jadi milik aku sebelum ni. jadi rasanya bagi lah chance dekat orang yang baru mau try test cuba dengan apa yang sudah jadi bekas aku.
tapi kenapa kah aku rasa teringin sangat mau berBLOG ni pasal aku geram!! geram dengan cara pemikiran orang. geram dengan perangai orang yang aku sendiri pun bingung. hmm. betul lah. kenapa ah? kamu ada jawapan ka kenapa ada orang yang begini or begitu??
aku teringin cakap ayat ni "kalau ada GF dan sudah pun sahkan hubungan kamu tu, buat la cara dia tu tempat anda segala-galanya. kalau ada BF pun sama la juga. apatah lagi yang sudah ada suami dan yang sudah beristeri. jadikan lah teman kamu tu untuk segalanya. dan jangan jadikan yang anda sudah buang atau jadikan bekas ni sebagai tempat anda untuk segalanya". tahap geram sudah naik!!!
susah betul la mau faham orang zaman sekarang ni. kamu nda nampak ka apa yang berlaku dibumi ni? atau sengaja buat2 nda nampak? segala bencana dan segala yang kuasa tuhan tunjukkan??? kamu nda takut? aku bukan la mau tunjuk aku ni kuat agama atau apa. aku mengaku aku jarang untuk berkomunikasi dengan tuhan aku. tapi apa2 pun otak aku ni masih ada untuk fikir tentang bekalan aku yang harus aku bawa nanti. well, tahun ni kan 2012. kita pun tau ramai orang cakap apa yang berlaku tahun ni. macam2 kan?
jadinya, aku tiada masa mau buat dosa atau kumpul2 dosa. bagus lagi aku berhenti daripada buat dosa. minta ampun banyak2 sama tuhan. kita masing2 ada tuhan kan? kita semua takut nafas kita berhenti tiba2 kan? aku pun takut juga, aku pun takut juga bila sudah sampai masanya untuk jumpa tuhan lepas tu segala perhitungan akan dibuat diatas nanti. bukanlah mau cakap diri aku ni bagus sangat. sesiapa yang tau pasal aku dan tentang kehidupan aku memang tau kenapa dan apa sebab aku ada niat mau cakap benda2 macam ni. aku pun bukan bagus sangat tapi sekurang-kurangnya aku sudah pun sedar dari segala2nya. dan sudah tiba masanya untuk kembali kejalan yang benar. bukan semua orang boleh balik kejalan yang lurus dengan secepat mungkin. tapi oleh kerana hati ni sudah mati dan perasaan ni cukup sakit sudah. tu pasal la niat aku untuk pulang ke pangkal jalan.
aku heran dan pelik dengan seseorang ni. malas la juga mau mention nama dia atau segala detail tentang dia. yang aku hanya mampu cakap. dia nda sepatutnya berada dijalan yang dia pilih sekarang. macam nda pandai sedar diri. sepatutnya orang macam dia ni kan yang lagi luas pengetahuan tentang agama lagi berOTAK! tapi aku nda tau la kenapa dengan orang yang JENIS macam dia ni teda kesedaran. malas la kan mau cakap tentang AIB orang. apa2 pun aku harap ada satu sinar cahaya yang dapat buka mata dan buka hati untuk balik kejalan yang lurus. kalau orang lain tau atau keluarga ko tau, kesian dorg. AMEN!
banyak2 hal yang aku risau cuma 1. bekalan untuk aku bawa pigi tuuuu naaaa atas sana. cukup ka sudah ah? hehe. memang nda cukup la. aku sendiri pun tau juga la yang aku punya bekalan belum cukup. ermm. nda sesuai la "belum cukup". tapi bekalan aku memang tiada. haha. lucu pula kan.
dan dengan ada kesempatan ni aku sangat2 mau ucapkan terima kasih banyak la kepada sesiapa yang banyak membantu aku dalam segala hal. from A to Z. walaupun aku nda dapat balas kebaikan kamu d bumi ni. d akhirat kamu akan dapat balasan yang lagi indah dari yang mahakuasa.
ok la. aku rasa tu sj la yang aku boleh luahkan hari ni dan malam ni. betulkan apa aku cakap macam-macam hal ada!!
*no hurt feeling*
No comments:
Post a Comment